sila vote band feveret saya datang Malaysia boleh?



Demand Metallica in Kuala Lumpur!
Metallica in Kuala Lumpur - Learn more about this Eventful Demand

View all Kuala Lumpur events on Eventful

Wednesday, April 7, 2010

hahaha 1

Apakah perkara pertama yang akan anda sebut apabila mengangkat telefon? Ada dua jawapan yang pasti.

i) Assalamualaikum
ii) Hello
(Hoi belum lagi. Kalau telefon tu ada keluar nama mungkin perkataan itu yang keluar.)

Dan selepas itu pasti anda akan terus memanggil orang yang berkenaan untuk menjawab panggilan. Ada satu kisah yang membuatkan saya tidak pernah kering gusi. Satu terapi ketawa yang tidak seberapa untuk anda semua...

***

Beberapa tahun yang lepas...
Di sebuah malam yang harmoni....


Emak, Acik, Alang, adik-adik dan sepupu-sepupu duduk melepak di bahagian dapur setelah menonton Buletin Utama di TV3. Keriuhan seperti hari-hari biasa ibarat sudah lama tidak berjumpa walhal hari-hari pun nampak muka yang sama. Perbualan berteraskan hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling, beruk Aboi beranaklah, Mami Jarum pasang matalah dan beberapa hal ehwal semasa yang lain.

Tiba-tiba telefon berdering. John (bukan nama sebenar) berlari untuk mengangkat gagang telefon. Serta-merta seisi rumah terus sepi ibarat malaikat baru lalu. Telefon diangkat...

Keluarga yang lain terus membisu. Menanti patah pertama yang bakal keluar daripada mulut beliau. Sebaik saja beliau membuka mulut, sesaat dirasakan begitu lama sekali untuk berlalu apabila semua mata sempat terjengil sebelum terus berguling-guling ketawa. John dengan muka menahan malu, terus tersipu. Hendak lari masuk bilik, harus lalu depan keluarga. Hendak lari keluar rumah, hari sudah malam, maklumlah zaman anak-anak...

Mengapa sampai satu keluarga ketawa dan terus ketawa? Sehinggakan makcik hamba yang berada di talian turut tergamam? Begini ucapan pertamanya...


Telefon diangkat.

John: Bismillahirrahmannirrahim...
.
.
.
.
.
.

Tidakkah anda rasa seperti sedang bercakap di telefon bersama malaikat maut?


Love. Hugs.Kisses Kazoos.

4 comments:

  1. hahahahahah! sumpah lawak cik. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. cam tak ikhlas je ko gelak.
    hahaha!!

    ReplyDelete
  3. haha..
    babe
    aku gelak guling2 kot bc nih..
    psnih ak nak try prktis r..
    hehe~~~

    ReplyDelete
  4. praktis babe... jgn tak praktis.

    ReplyDelete