sila vote band feveret saya datang Malaysia boleh?



Demand Metallica in Kuala Lumpur!
Metallica in Kuala Lumpur - Learn more about this Eventful Demand

View all Kuala Lumpur events on Eventful

Wednesday, April 28, 2010

Ustazah Rafeah

Diam-diam sebenarnya kita ni semakin tua.
Usia semakin meningkat satu.
Kulit makin lama makin berkedut.
Tapi itulah kuasa Allah.
Dia tak kira tua atau muda.
Kedut atau kenyal.
Bila dah tiba masanya janji harus ditunai.
Terkambus jua kita dalam tempat jadinya kita.
Allah maha penyayang...
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.


Arwah adalah ustazah yang paling tinggi kat Sekolah Rendah Agama Semenyih, dulu. Saya tak ingat dia pernah ajar saya atau tak tapi saya kenal sebab saya sekolah tu. Dan anak dia, Safuan adalah geng saya time sekolah agama dulu.

Agak terkilan sebab tak dapat jenguk arwah masa dia sakit. If somebody tell I would visit her. Kalau pun bukan sebab dia pernah ajar saya, tapi sebab dia kawan mak saya dan dia ustazah tempat saya menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Dan saya masih ingat wajah Ustazah Rafeah yang selalu tersenyum. Tak pernah kot nampak dia marah. Dan dia bukanlah ustazah yang pilih kasih.

Semoga roh Arwah Ustazah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat Allah subhanahuwata'ala.

Al-Fatehah.

Love. Hugs. Kisses Kazoos.

No comments:

Post a Comment