Saya terpanggil (cewah ayat praktik bahas politik ni. Kehkehkeh) untuk mengulas mengenai kenyataan di internet pasal kes adik yang kurang bernasib baik ni. Nak komen pasal orang-orang bodoh yang mengutuk family adik ni dan arwah sendiri, saya malas. Melayankan orang-orang bodoh, kita sama jadi bodoh. Jadi jom kito layan orang pandai.. InsyaAllah... pandailah ekau nanti yo.
:D
Okey, ni artikelnya;
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kesal dengan sikap ahli politik dan parti pembangkang yang cuba mempolitikkan kes kematian remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis dengan menyifatkan golongan itu ‘cetek akal’ dalam memahami tugas polis menguatkuasa undang-undang.
Dengan nada kesal dan menempelak, beliau berkata, dia boleh mengarahkan anggotanya supaya tidak melaksanakan undang-undang jika itu mampu memuaskan hati pihak berkaitan.
“Tak payah periksa kereta yang mencurigakan, tak payah tahan samseng jalanan yang membawa motosikal tanpa ada lesen...itukah yang mereka mahu?” ujarnya.
Menurutnya, tindakan liar pengguna jalan raya melarikan diri apabila diarahkan berhenti oleh polis hanya akan menyebabkan mereka disyaki sebagai penjenayah apatah lagi sekiranya mereka cuba untuk merempuh kenderaan polis.
“Orang ramai seharusnya sentiasa mematuhi arahan polis khususnya jika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Tindakan melarikan diri hanya akan menyebabkan polis mengesyaki mereka sebagai penjenayah dan terpaksa melepaskan tembakan jika terdesak. “Kenapa mahu melarikan diri daripada polis sebab tindakan itu akan menimbulkan curiga dan menyebabkan anda disalah anggap sebagai penjenayah,” katanya selepas merasmikan Program Darah Sempena Hari Peringatan Polis Ke-203 Tahun 2010 di Pusat Darah Negara di sini, semalam.
Beliau mengulas kes Allahyarham Aminulrasyid yang mati terkena tembakan polis semasa melarikan diri daripada dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu.
“Anggota polis boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri kerana terdapat kemungkinan penjenayah menggunakan kereta yang mereka naiki sebagai senjata untuk mencederakan polis. Perkara itu (menggunakan senjata api) terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama untuk tujuan mempertahankan diri.
Mengulas lanjut, Musa berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan sebaik saja siap, kertas siasatan mengenainya akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan selanjutnya....
Perhatikan ayat Ketua Polis negara kita.. Okey, saya bukan nak kondem Ketua Polis negara Malaysia yang tercinta ini kan. Tapi cuba perhatikan ayat yang dimerahkan itu...
“Kenapa mahu melarikan diri daripada polis sebab tindakan itu akan menimbulkan curiga dan menyebabkan anda disalah anggap sebagai penjenayah,”
Pandangan saya:
Kerana dia hanya remaja lelaki berusia 15 tahun barangkali baru saja akil baligh dan panik apabila dikejar polis. Sebab tu dia lari.
Yang pelik:
Kalau dah nampak arwah lari... bukan ke menjadi peranan polis untuk kejar dan terus kejar?
“Anggota polis boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri kerana terdapat kemungkinan penjenayah menggunakan kereta yang mereka naiki sebagai senjata untuk mencederakan polis. Perkara itu (menggunakan senjata api) terdapat dalam peruntukan undang-undang terutama untuk tujuan mempertahankan diri.
Pandangan saya:
Saya memang sokong penggunaan senjata api untuk polis yang sanggup gadai nyawa untuk membantu orang lain. Demi keamanan sejagat kan?
Yang pelik:
Err... perlukah nak tembak kalau kereta tu pecut sebelum dapat dilihat muka orang yang memandunya?
Perlukah nak tembak kalau pemandunya tidak menembak dulu tapi terus memecut naik kereta?
Oo... macam tu eh? Brutal sey polis Malaysia.... Conform Pak Itam sume takut nak buat jahat lagi kat Mesia terchenta ni kan? Sindiket pelacuran sume conform bole bungkus! Kan? Ye la.. belum apa-apa dah kene tembak... kan?
“Tak payah periksa kereta yang mencurigakan, tak payah tahan samseng jalanan yang membawa motosikal tanpa ada lesen...itukah yang mereka mahu?”
Pandangan saya...
Ni apa punya jawapan politik da.... macam manipulasi soalan jer...
Haih... Apa la nak jadi. Bukan ke polis ade Lancer sekarang? Even yang kejar ni setakat kereta peronda... tapi bukan ke polis sepatutnya tembak tayar je? Bukan macam tu ke weh? Bukan ke kalau polis... nak tahan penjenayah selagi penjenayah tak tembak, dia pun tak boleh lepaskan tembakan? (eh? ape aku cakap ni?) Entahlah. Aku pelik ni sebenarnya dengan institusi kepolisian ni. Manusia memang akan buat salah. Dan kesalahan ni sangat-sangatlah besar dan jelas. Tak boleh ke kalau mintak maaf atas kesalahan ni? Kenapa? Sebab takut institusi kepolisian tercalar? Haih... bullshit la...